Problems cannot be solved by the same level of thinking that created them.”- maxim, albert einstein-
"Politik amat penting dalam Islam. Imam al-Ghazali mengatakan agama dan politik itu seperti kembar, yang tidak akan sempurna tanpa adanya yang lain. Begitu juga Ibn Taymiyyah mengatakan bahwa pemerintahan merupakan satu kewajipan agama yang paling besar. Ketika para ulama besar ini menekankan kepentingan politik ia tidak bererti politik adalah segala-galanya. Sehingga umat Islam harus menfokuskan segala usahanya untuk merebut kuasa politik. Islam juga mementingkan ilmu dan pendidikan.
Ini hakikat yang sering dilupakan oleh umat Islam, khususnya gerakan-gerakan Islam. Justeru tumpuan perlu diberikan kepada pembenihan dan perbaikkan (islah) karena kekacauan dan kerosakkan yang ada pada hari ini adalah akibat daripada kelalaian semua pihak: para pendidik, ibu bapa, pemerintah, ulama, dsb. Jika perubahan pada individu dan masyarakat berjaya dilakukan maka perubahan dalam bidang politik akan mengikut.
Jadi menurut saya perubahan tidak berlaku dari atas tetapi dari bawah. Kesedaran perlu ada barulah perubahan dapat dilaksanakan atas keinginan sendiri dan bukan kerana paksaan. Kita juga menyaksikan banyak usaha untuk merubah dari atas akhirnya menemui kegagalan. Kerana itu Rasulullah S.A.W tidak mahu menerima tawaran untuk menjadi raja kaum Quraysh.
Dr khalif muammar
majalah tafakur
edisi 5 jun 2009
No comments:
Post a Comment