- Menurut kamus dewan, hedonism bermaksud pegangan hidup yang mementingkan hiburan semata- mata .
- Epicurus pula telah mengembangkan idea ini dengan menyatakan kebaikan tidak akan difahami melainkan dengan unsure kelazatan dan kenikmatan hidup.
- G.E Moore dalam pemikiran hedonism terkini pula berpegang pada konsep keseronokan sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai matlamat.
- Aristipus, apa yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan dan keseronokan.
- Kita menyaksikan betapa masyarakat hari ini disajikan dengan sebanyak- banyaknya hiburan sehingga masyarakat hidup seolah- olah tidak bertuhan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk berseronok biar ia melanggar nilai- nilai moral dan agama
- Natijahnya, umat Islam menjadi lumpuh apabila nafsu diangkat sebagai tuhan.
LIMA PRINSIP HEDONISMA
- 1.Prinsip Vietalism yang menekankan apa- apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran yang dianggap baik.
- 2.Prinsip kreativiti yang meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan penghasilan ciptaan baru akan dianggap sebagai sesuatu yang baik dan bermutu.
- 3.Prinsip Relative, menekankan tiada satu konsep pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh diubah mengikut perubahan zaman dan perkembangan ilmu pengetahuan.
- 4.Prinsip Hedonism, menggariskan apa- apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik, manakala apa- apa saja yang membawa penderitaan nafsu dianggap buruk.
- 5.Majoriti masyarakat adalah sebagai pemutus justeru aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah pilihan terbaik.
No comments:
Post a Comment